Team Power

Team Power
Team Power Tupperware

sudikan click untuk kekayaan saya

TEAM POWER

TEAM POWER
Tupperware Brands Malaysia :  # 1st Tupperware ONLINE in Malaysia

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Saya sedia membantu from zero to hero !! Call / whats app : 012-3993947 (Syamputra Razali) www.tupperwareteampower.blogspot.my

Tuesday, September 27, 2016

TIPS nak NIAGA Tupperware : Jom jadi ahli TEAM POWER..

Assalammualaikum..
apa khabar semua..
harap semua ceria dan semua sangat sangat gembira dengan kehidupan anda..
saya sangat sangat tak sabar nak buat party di senawang dan Petaling Jaya..

 Hari ini saya dijemput jadi Penceramah di IKM KL dan bersama diana daniel..
dia memang seoarang yg positive dan sangat berjiwa besar..
memang all out saya dok berikan tips kat pelajar IKM KL tu..




gambar yang kat bawah nie masa di USAS menjadi juri pertandingan pantun antara universiti.. memang sangat sangat seronok..



ini gambar memborong untuk barang barang yang hot item dan memang sangat sangat best bile dapat beli banyak banyak sebegini..


gambar ini adalah gambar kenangan masa jadi pelakon dalam pertandingan pengisahan kenegaraan yang menobatkan kumpulan kami  mendapat johan dalam pertandingan di peringkat kebangsaan

Ini hari kejayaan saya.. menang sebagai johan pertandingan sayembara puisi sungai melaka..
sangat best !!


 ini adalah lokasi ketengan saya di ulu yam.. gombak.. memang super best




























 TIPS SYAMPUTRA RAZALI : Istiqamah Berniaga Jawapan Kejayaan Dalam Tupperware

salam semua..

tahun ini adalah tahun ke 7 dan tak sampai lagi usia saya menjelang usia ke7
saya merasakan masa bukan jawapan dan penentu kepada kejayaan tetapi
cara dan istiqamah kita dalam mencari jalan untuk berniaga itu adalah jawapnnya..

saya sedar banyak perkara yang saya lalui dalam menjadikan diri saya seorang SED diakhir tahun 2016 ini.. saya yakin juga seorang lelaki akan boleh bersaing dengan wanita jika ada keinginan yang mendalam..

bagi saya.. sepanjang pengalaman saya dalam bisness ini.. beberapa perkara yang perlu kita tahu dan kita jaga..

TIPS untuk BERJAYA dalam bisness TUPPERWARE

1 HUBUNGAN - dengan ALLAH. ibubapa.. adik beradik. downline dan upline...kawan kawan.. sesiapa sahaja

perkara paling penting adalah menjaga hubungan kepada Allah.. permintaan dan apa yang kita minta adalah pemberiaannyer.. disamping itu mak ayah perlu juga dipelihara ibarat harta paling bermakna.. sebab doa mereka yang memaknulkan hidup kita jadi sempurna dan hebat luar biasa.. dan hubungan anda kita dengan upline dan downline.. saya faham ramai yang adalah perselisihan paham dengan upline juga downline.. anggapkan salah faham dan buat sahaja macam biasa.. soal hati harus diketepikan.. semua orang buat silap dan maafkan dia dan insyallah dia pun akan maafkan kita.. apa pun kita haruslah berfikir dengan lebih waras dalam menimbulkan isu yang tak memberi apa apa makna..



2. KEWIBAWAAN - Integrity kepada perkara yang betul - walaupun tak ada orang nampak

perkara yang dikatakan integrity ini adalah kepercayaan kita melakukan sesuatu tanpa menunggu orang tengok. masa orang tak tengok pun kita melakukan perkara yang benar dan kita kena tahu.. kalau kita buat benda yang tak elok.. lambat laun jadi seperti monyet yang melompat dari dahan ke dahan.. akan jatuh juga.. hentikan perkara yang tak elok dan start melakukan perkara yang baik dan lurus.. ia akan menyebabkan mata mata orang akan memandang anda hebat tanpa sebarang kontroversi yang mencacatkan.. insyallah.. parut dimuka tak akan hilang tapi ia boleh diminimakan dengan makan berry gen


3. TEKAD dan ISTIQAMAH - bersungguh sungguh melakukan kerja dan mencari downlinbe serta sales walaupun rank sudah ED

perkara pokok dalam bisness adalah consistency dalam berniaga.. sangat menjadi keutamaan bila berniaga kita harus sentiasa mengekalkan  stamina dalam berniaga dan sentiasa memotivasi diri sendiri. ini akan menyebabkan kita akan sentiasa bersemangat dalam melakukan kerja.. insyallah.. recruite dan sales akan masuk berduyun duyun duyun.. dan saya sendiri.. walaupun dah rank ED.. still rasa macam baru masuk dan macam baru nak jadi director.. bersungguh sungguh nak membina empayar team power..


4. PANDANG POSITIF - apa sahaja perbuatan dan perlakuan serta apa yang kita fikir perlu suci dan poditif

perkara yang perlu diamalkan selalu adalah berfikiran postif.. melihat sesuatu dari sudut positif memang agak mencabar tetapi mulakan sedikit demi sedikit dan anda akan berjaya.. contohnya.. anda akan marah kalau stok habis.. dan kalau anda positif anda akan rasa " ohh hebat sungguh tupperware.. stok selalu tak ada.. laris dan ramai orang nak.. demand tinggi" ini menyebabkan kita akan atur strategi nak dapatkan modal dan stok awal...




5. SYUKUR DAN LUAR BIASA - senantiasa rasa rendah diri dan bertindak dilingkungan luar kotak dalam action yang dilakukan

perkara yang anda perlu rasa adalah.. rasa bersyukur kepada apa yang anda dapat dan anda perlu rasa kesyukuran ini kepada siapa sahaja yang berada disekeliling anda.. rai8kan mereka dan jangan lupa raikan diri sendiri.. dan bile anda rasa bersyukur.. anda adalah seorang yang menghargai.. namun.. jangan bersyukur dan bergoyang kaki.. anda perlu ada target untuk melangkah lebih jauh setiap hari dan mempunya daya peningkatan yang hebat.. baru lah anda akan... maju..




fuuhhhh.. lega juga dan taip Tips ini.. dah lama juga saya tak tulis tips.. ini.. semoga menjadi tips dan bantuan kepada anda.. terima kasih kerana sudi membaca...

salam sayang untuk semua..