IKLAN

IKLAN TEXT

sudikan click untuk kekayaan saya

Team Power

Team Power
Team Power Tupperware
TUPPERWARE TEAM POWER

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali Pakcik Tupperware Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2024; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2024

Monday, May 30, 2016

Lelaki dan Hanya PART TIME boleh dapat Income RM20 RIBU sebulan - Hanya di Tupperware TEAM POWER

Assalam,
saya menulis entry ini bukan nak bermegah dengan income yang saya dapat sebulan.. selama beberapa tahun saya buat bisness ini.. saya dapat 1 rahsia.. yang mana untuk berjaya.. bukan halangan untuk siapa sahaja.. ramai betul orang mengadu.. saya tak ada modal.. saya tak pandai niaga.. saya tak pandai online.. sebenarnya bukan dia tak boleh.. tapi dia MALAS.. itu lah dia akan beralasan sepanjang HAYATnya..

Saya gelarkan diri saya "abg syam" la yer.. memandangkan uban kat kepala dah penuh.. Actually u olz.. abg rasa dah lewat sangat nak mulakan bisness Multi Level Marketing ini.. dan rupanya.. abg boleh pintas masa orang lain yang berpuluh tahu tapi masih rank dan tahap yang sama.. kiranya.. sekarang ini.. konsepnya.. bukan berapa lama dia masuk.. tetapi berapa cepat dia maju.. cepat dan lambat maju ini.. sebenarnya ada kaitan dengan gigih dan usaha.. abg syam dah cerita kat fb tentang KELUK kejayaan yang mana.. GIGIH dan USAHA saling seiring.. ada orang yang usaha sikit dan gigih siang malam dok berniaga.. menunggu customer PM dan beli.. walhal.. dia pun kena usaha untuk cari customer.. kita bukan DIVA sampai orang tergile gilekan kite.. Fizo dan fareeda(mawar) pun.. bukan boleh dapat orang yang gile gile terkam stokis dia tanpa ada drama dan strategi.. (tak moh cerita strategi orang). so.. kena usaha cari dan prospek downline kita..

kekadang abg syam tengok.. ada downline.. yang semangat sampai berkobar kobar nak kaya.. dan berjaya.. tapi duduk umah makan kopok je.. hari hari.. pastu cakap kat abg.. "ORANG TAK ADA NAK JOIN AHLI".. dah ko terjelepok kat umah je.. mana lah orang tahu ko jual tupperware.. pastu salahkan orang tak nak g masuk jadi downline ko.. ko sendiri tak promosi diri.. abg syam kekadang cakap nyer agak leser tapi abg baik hati taw.. (heheheh perasan)

Soal promosi memang tak dapat dinafikan.. ramai yang selesa dengan cara promosi di FB.. jual jual jual.. dan semua sama sahaja.. jual dan tak ada beza.. bile orang rendahkan harga.. kita mengamok dan report orang tu.. walhal.. kita sendiri tak nak promosi dengan persaingan bukan harga.. kita bagi hadiah.. kita manis wajah.. kita COD dan ucap terima kasih.. semua tu.. kekadang orang sanggup bayar mahal utk dapatkan servise tip top macam tu..

wah... tak sangka panjang lebar abg syam kalau berleter.. abg memang agak geram bile orang orang kita dan downline abg.. asyik bagi alasan.. dan paling nyampah.. " dah dapat RM20 ribu.. bagi lah sikit.. seribu ker??" --> ko ingat aku duduk sahaja dapat duit ini (cakap dalam hati).. tapi abg syam jawab molek je.. "Insyallah.. kalau kita gigih dan kuat berusaha .. kita akan berjaya.. malah RM30 ribu pun boleh".. gituew la.. kena positif.. tapi bile dengar tu.. rasa macam nak cekik jugak leher orang yang cakap tu..

Baiklah (sambil menjerit).. abg syam nak share TIPS yang abg lalui sepanjang niaga tupperware nie..
oklah.. Tips hari ini adalah ...

------------------------------------------------------------------------
TIPS PEMBUANGAN SIFAT SYAITAN DALAM DIRI
------------------------------------------------------------------------
sebelum tu jangan marah kalau abg syam bagi tajuk ini.. nak bagitahu sifat yang jahat dalam diri tu kena buang jauh jauh.. nak ikutkan.. abg syam sendiri boleh je bagi alasan.. SAYA MASUK KERJA JAM 8 dan KUAR JAM 5.30 PETANG.. BILA MASA SAYA NAK BERNIAGA???

boleh je bagi alasan sebab abg nie buat PART TIME..
tapi bile fikir.. SAMPAI bile abg nak berharap duit gaji.. syukur ada duit gaji.. dan abg nak EXTRA.. supaya hidup abg dan mak ayah adek beradik senang bile abg senang nanti.. macanm nak puasa nie.. boleh kita sedekah dan buat juadah berbuka lebih dan sedekah kepada surau. kalau kita buget.. dan duit gaji sahaja.. macam mana kita nak bersedekah.. itu sebab abg KUAT untuk buang sikap negetif dalam diri..


1. BUANG NEGATIF

Paling utama sifat syaitan yang kena buang dulu adalah dengan membuang sifat negatif yang mana selalu sahaja kita ada.., tengok orang lain berjaya.. cakap "ala.. bukan dia yang buat.. upline topup sales la tu".. pastu kita kita pun asyik nak fikir SUSAHHHHHH je sepanjang masa.. itu susah dan ini susah.. sampai kita nak suap makanan kat mulot pun susah.. memang kalau tahap begitu.. baik duduk dan menantilah reseki gugur dari langit.. try lah tukar sikap tu kepada sikap yang positif.. aku BOLEH !!.. tak cube tak tahu.. i can do it.. dan kita kena rasa diri kita mampu dan tak salah kita nak mencuba.. abg syam sendiri.. kalau ikutkan rasa DOWN sebab bisness ini semua pompuan yang buat,. dan abg tak putus asa.. sebab kita nak berjaya.. bukan bergantung harap orang lain.. kita sahaja.. jadi.. bile balik kerja je,, abg syam terus start ONLINE dan cari strategi secara ALL OUT kat fb dan blog serta YOU tube.. abg cakap.. SIAPA KATA lelaki PART TIME tak leh berjaya??.. saya akan buktikan.. ia sebenarnya tidak benar.. SAYA MAMPU BERJAYA.. kalau fikirkan.. memang macam mimpi nak dapat RM 20k tu dalam sebulan.. sebelum nie.. dalam 10bulan.. tapi sebab kita niaga dan bina rangkaian.. ia jadi short cut.. selama sebulan...


2. ELAK SIFAT PHD & PANDANG RENDAH

Pernah tak u olz rasa dengki dengan kejayaan orang lain.. abg pun pernah,, tapi abg dah tukar set minda.. dengki kepada rasa CEMBURU dengan kejayaan dia.. dan anggapkan dia pencetus cabaran dan mencabar diri untuk jadi macam dia.. sifat PHD nie... bile kita tak tukarkan sesuatu yang tak elok.. kita dengki dengan dia sebab dia berjaya.. kita pancitkan tayar dia.. itu SYAITAN namanya.. so, tukarkan perasaan tu dan anggap.. "aku pun boleh berjaya macam dia".. kenapa aku tak boleh.. aku sempurna je.. "aku gemok tapi awesome kot!!".. abg selalu dok bagi semangat macam tu.. dan selalunya,., kita jangan sesekali pandang rendah kat orang lain.. kita tengok dia ala ala pakai baju kedut,.. kita terus kata.. "INI BUKAN PROSPEK" terus tak nak dekati dia.. walhal.. dia punya potensi yang bagus kalau berniaga.. ingat!!.. kita kena bersikap adil kepada semua manusia.. jangan pandang serong kat orang lain..

3. JANGAN MALAS & JANGAN JADI PENIPU DAN TAK IKHLAS

Pengalaman malas dalam sehari memang abg pun penah.. bantai tidur dari pagi sampai petang dan bile petang.. kepala jadi pening dan rasa nak malam.. OMG.. memang rasa kehilangan masa yang berharga.. qadaq tidur sebenarnya satu reward utk bagi kita berehat dan balas dendam sebab kita berjaga malam.. tapi kalau HARI HARI qadaq tidur.. itu dah jadi PEMALAS.. omg omg.. dah lama kita malas.. kerje kita asyik nak menipu orang je kerje.. jual barang yang tak elok.. dan tipu sana sini.. memang hidup akan dilaknati.. bayangkan.. ada business yang abg dengan.. orang tu kena buat loan beribu ribu dan beli secara banyak.. dan kemudia terus jual.. dan bagi abg , TUPPERWARE tak macam tu.. tak ada sampai beli beribu ribu.. just.. kalau ada order baru beli.. dan ikut strategi yang ditetapkan.. ok.. lepas tu.. pasal ikhlas nie.. kena betul betul sucikan diri.. kalau kita bantu orang.. bantulah seikhlasnya.. kita turunkan ilmu dan tips dengan niat nak bantu dia dan niat berjaya.. kita tumpang bangga.. perasaan utk bantu dia mesti IKHLAS dan insyallah.. kita akan rasa kejayaan dia.. adalah kejayaan kita juga..


4. USIR RASA BODOH SOMBONG

 Poyo dan bongkak serta bodoh sombong adalah sifat syaitan yang sangat sangat banyak kalau kita dah start nak UP dalam bisness.. bisness baru je nak meletops.. terus kita rasa DIVA dan rasa ala ala pandaiiiii sangat., padahal.. ALLAH baru bagi kejayaan sikit dan nak tengok kita nie stop untuk belajar atau terus mencari ilmu,., kalau kita seorang yang bagus dan nak kekal berjaya.. sikap bodoh sombong kena ketepikan.. kita tak tahu dan kurang ilmu.. carilah.. jangan tipu diri sendiri.. bile tak pandai.. cakap pandai.. mengalah dan mengaku nak belajar dari rasa pandai dan mengharap orang kata kita HEBAT.. sebenarnya merosakkan diri kita.. jauhkan lah rasa takbur tapi relax dan humble sahaja bile bercakap dengan orang lain.. abg rasa.. kita perlu ada sikap nak belajar walaupun kita dah pandai.. abg sendiri banyak belajar dari downline.. sebab kita nie..  serba kekurangan.. bukannyer genius yang semua kat otak.. so.. jangan jadi bodoh (tak nak belajar) dan sombong (ala ala berangan pandai).

5. RIAK & TAK BERSYUKUR

 Patut tak kita rasa bangga dengan kejayaan diri kita.. jawabnya.. memang patut.. tapi bile kita dah bangga tahap macam "AKU BERJAYA SEBAB AKU HEBAT".. itu dah namanya riak dan takbur.. tanpa ALLAH yang permudahkan jalan kita.. makanya.. kita tak boleh berjaya.. tanpa doa mak ayah dan rakan niaga.. kita pun tak dapat keberkatan niaga ini.. hidup rasa tenang dan seronok... sebab kita takbur dan riak nie lah.. akan memakan diri kita.. abg suke nak bagitahu.. abg selalu tunjuk kereta dan tayang komisen,, dan ini bagi abg bukan riak.. sebab abg nak ramai orang amek insoirasi abg boleh dapat benda ini.. walhal.. abg sama sahaja dengan diorang.. dan ada yang keje tupperware FULL time dan itulah teknik perniagaan.. TOLONG JANGAN KEJAM abg kalau abg tolong tayang sana sini.. abg tak riak taw.. hehehheh.. dan paling penting dalam semua usaha adalah DOA dan senantiasa bersyukur.. OMG.. inilah kuasa yang boleh jadi magic kepada diri.. abg ingat lah.. bulan ini.. dalam sibuk dan nak guna duit.. abg berjaya beli rumah dengan harga RM320k untuk 2 rumah... rasa sangat sangat seronok.. ALLAH nak bagi reseki.. bulan ini.. team sales sudah cecah RM600k dan komisen FIRST TIME cecah RM20k lebih.. termasuk duit minyak honda.. abg sangat bersyukur.. dan abg nak buat juadah dan sedekah kat pelajar dan cikgu cikgu kat tempat abg.. ohh ya.. nak bagi tahu.. abg syam keje kat KKTM Petaling jaya.. Kolej Kemahiran Tinggi MARA di jalan templer.. abg seorang guru.. alhamdulillah kan.. dipermudahkan semua perkara..

oklah u olz.. abg rasa.. lenguh dah menulis.. (bukan malas) tapi berhenti rehat dan nak buat keje sikit,.
semoga perkongsian abg akan menjadi teladan untuk u olz semua yer..
insyallah.. kita kan merancang.. ALLAH yang menentukan..
usaha dan gigih.. habuannya adalah kejayaan..


 inilah dia.. keluk kejayaan tu.. jom belajar EKONOMI..


 inilah tempat abg syam dok mencari reseki.. syukur ada kerja dan sambil tu buat bisness jana pendapatan sampingan..
order kek raya masih dibuka.. jom beli ngan abg syam.. harga kasih sayang gituew..



























 ini antara poster untuk tatapan anda semua..

dan sebelum abg dok pergi makan.. tengah hari.. jam dah kul 4.. abg nak bagi sikit ala ala pengisian tazkirah.. walaupun abg bukan ustaz.. heheheh
 maaf jika menganggu emosi saudaraku semua berilah masa utk tazkirah seketika dan juga untuk menasihati diri sendiri.

Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata: 

_"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."_ 

Tak lama kemudian dtg seorg pemuda yg muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tgn memegang sandal. Penampilan sgt sederhana. Tiada apa yg istimewa. 

Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lg Rasulullah saw kata: 

_"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."_ 

Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama.
Salah seorang sahabat yg ada di situ ialah *Muaz bin Jabal ra.* Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yg dikatakan ahli syurga. 

Lalu dia mencari jalan utk tidur di rumah lelaki itu dgn memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya. 

Malam itu ketika Muaz bangun *bertahajjud*, pemuda itu masih *nyenyak tidur* hingga ke Subuh.

Pabila subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka *membaca Al Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut* merangkak membaca. Tidak lancar seperti Muaz. 

Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz *bersolat sunat Dhuha*. Tapi lelaki itu tidak. 

Selain itu pada hari yg sama Muaz *berpuasa sunat*, tapi lelaki itu tidak.

Muaz pun menceritakan perihal Rasulullah saw telah katakan pada lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalannya hingga Rasulullah mengatakan dia ahli syurga.. lalu pemuda itu berkata:

_"Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al Quran. Aku masih tak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tak mampu lg solat dhuha. Apatah lg berpuasa sunat."_

_"Tapi…"_

_"Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yg baru ku pelajari:"_

1. *Aku sgt cuba tidak sakitkan hati sesiapa.* Samada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yg tak kukenal.

_"Muaz  berkata, subahanallah."_

 _"Lagi...?"_

2. *Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa.* Dan aku akan maafkan semua org yg membuat salah kepadaku.

_"Muaz berkata, subahanallah. Lagi...?"_

3. *Aku cuba jaga tali silaturrahim.* Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yg mampu aku lakukan.

_*Subhanallah...*_

Saudara2ku  sekalian. 
*Jika kita rasa kita hebat dgn imej kita, kita silap.* *Jika kita rasa kita hebat dgn amalan kita pun silap.*

*Kalau kita rasa kita tak perlu beramal, lagilah jauh silapnya.* 

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah *tapi apa yg keluar dari mulut kita sentiasa sakitkan hati isteri, hati suami, hati anak, hati sedara mara,jiran,staf, hati orang, apatah lg hati ibu bapa.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, berpakaian ikut sunnah tp *selalu marah maki hamun org dan penuh dendam kesumat dlm dada.* Apatah maafkan orang.... jauh sekali.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta penuh sticker Islamik tapi *sering bergaduh, kawan selalu salah kita saja yg betul, sedara mara mula dekati kita, kita tak hairan..* apatah lg nak melawat dan berkunjung usah diharap....
















puzzle
Setiap perniagaan yang diusahakan mempunyai harapan yang tinggi, agar perniagaan itu terus maju dan berjaya serta dapat mengubah masa depan agar tidak ditindas pihak lain. Tiada sesiapa yang mengharap perniagaan yang dijalankan musnah dengan wang ringgit yang dikeluarkan. Namun, tidak semua perniagaan yang diusahakan mampu menetapkan jumlah pelanggan di dalam atau di luar negara. Tidak kira sebarang jenis perniagaan yang dijalankan samada melibatkan penjualan produk, servis, nasihat dan sebagainya. Kecekalan dan semangat yang kental sangat diperlukan bagi memastikan cita-cita yang diimpikan tercapai. Perniagaan ini bukan sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah. Kerana ia mengambil masa dan memakan tempoh yang agak panjang. Sambutan pelanggan dalam perniagaan yang dijalankan mempunyai beberapa cara untuk dicapai.
Beberapa tips ini perlu diamalkan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan menjanjikan pulangan yang lumayan dan memberangsangkan. Perkara pertama yang perlu kita amalkan adalah tips untuk mempelajari tentang keadaan kawasan yang menjadi tempat untuk memulakan perniagaan. Jika kita memulakan perniagaan yang padat dengan penduduk dan menjadi pusat pentadbiran, hasilnya akan positif. Sebaliknya jika kita membuka perniagaan di kawasan kampung yang tiada kemudahan dan sambutan ramai maka, perniagaan kita tidak akan bertahan lama.

Mengkaji tentang suasana dan kedudukan
Kita perlu mengkaji tentang latar dan faktor kedudukan tempat baru itu. Jika ia merupakan kawasan yang didiami pelajar dan pekerja, membuka kedai dobi adalah cadangan yang baik. Kerana golongan seperti ini lebih cenderung untuk menghantar pakaian yang kotor kedai dobi dari dicuci sendiri. Jangan pula di kawasan seperti itu kita mulakan dengan perniagaan besi buruk dan barang kitar semula. Selain itu, kawasan seperti ini juga sesuai dibuka perniagaan makanan dan minuman. Kerana pelajar dan pekerja sentiasa memerlukan tenaga untuk pergi belajar dan pergi bekerja. Katakan juga keinginan untuk memulakan kedai alat tulis dan perkhidmatan potostet di kawasan yang sama. Pendek kata, sesuatu kawasan itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan. Kerana perniagaan ini bukan untuk suka-suka dan main-main, sebaliknya sesuatu yang serius dan berat.

Mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai
Tips yang seterusnya adalah mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai. Bukan sekadar seorang yang mempunyai wang untuk dilaburkan sahaja. Setidak-tidaknya minat dan hobi pada benda yang sama akan menampakkan lagi usaha yang dijalankan. Kerana manusia tidak akan jemu dan bosan melakukan sesuatu yang menjadi kegemaran mereka. Katakan Yusri dan Lisa mempunyai minat yang sama dalam bidang penerbitan dan periklanan. Jadi, mereka telah bersetuju dan melaburkan sejumlah wang untuk memulakan perniagaan ini di sebuah kawasan yang menjadi tumpuan. Kerana minta dan pendapat dalam bidang yang sama sangat tinggi, perniagaan mereka semakin maju. Kerana masing-masing memberi komitmen yang baik dalam perniagaan ini. Bukan hanya seorang sahaja yang perlu bekerja, sebaliknya kedua-dua belah pihak rakan kongsi ini. Pendek kata, perniagaan mereka maju kerana minat dan hobi dalam bidang yang sama.


Bermula secara kecil-kecilan
Tidak semua perniagaan itu perlu diusahakan secara besar-besaran yang menelan belanja sehingga jutaan ringgit. Sekadar sebagai hobi dan minat untuk memenuhi masa dan boleh dijadikan sebagai pendatan sambilan sudah memadai. Contohnya Pak Abas yang menjalankan perniagaan menjual kerepek di kampungnya. Perniagaan ini adalah perniagaan warisan daripada ayahnya dahulu. Jadi, Pak Abas membantu ayahnya yang telah tua kerana sudah tidak mampu melakukan pekerjaan berat lagi. Semakin lama, minatnya telah mendalam dalam dunia perniagaan dan dia menguruskan sepenuhnya perniagaan ini selepas kematian ayahnya. Pada awal penglibatan dalam dunia penjualan kerepek, arwah ayah Pak Abas berniaga dengan menaiki motorsikal sahaja. Selepas Pak Abas mengambil alih, dia telah membuat pinjaman dengan bank untuk mendirikan sebuah kilang pembuatan kerepak yang terletak di belakang rumahnya. Pendapatanya semakin maju tambahan pula semasa musim perayaan dan juga musim perkahwinan. Kerana Pak Abas telah mendapat pengalaman yang banyak semasa membantu arwah ayahnya dahulu. Kini, Pak Abas telah mendirikan lima buah kilang di daerah dalam negerinya.


Mengupah pekerja yang boleh dipercayai
Setelah mempunyai kedudukan yang baik dalam perniagaan yang diceburi, pasti kita ingin meluaskan perniagaan itu. Katakan perniagaan kedai pakaian lelaki dan wanita. membuka cawangan baru memerlukan lebih ramai perkerja untuk menguruskannya. Maka, kita perlu mengupah orang yang boleh dipercayai untuk memastikan perniagaan yang diusahakan selama ini tidak dirosakkan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan kita. Mungkin kita boleh mengupah jiran yang telah lama kita kenali sebelum memulakan perniagaan itu atau juga mengupah kawan-kawan yang sudah kita maklum dengan hati budi mereka. Jika tidak, perniagaan kita akan musnah berikutan ada pihak yang iri hati dengan kesenangan dan kemewahan yang kita capai. Oleh sebab itu, kita perlu menjalin perhubungan yang baik dan tidak bermusuh dengan semua orang agar kita juga selamat dan perniagaan kita terus maju.


Mempunyai strategi yang berkesan
Selain itu, untuk memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya, kita juga perlu mempunyai strategi yang berkesan. Bukan sahaja perniagaan, setiap pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang sempurna. Jika tidak impian itu akan musnah di pertengahan jalan. Contohnya memulakan perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi. Dalam dunia yang serba canggih dan maju ini, kita sering dihantui dan dibayangi dengan pelbagai wabak penyakit yang disebabkan penyalahgunaan bahan kimia industri, wabak penyakit yang disebabkan bahan kimi berlebihan dalam bekalan makanan seperti sayur dan wabak penyakit berjangkit yang mudah disebarkan melalui migrasi manusia atau haiwan. Wabak penyakit berbahaya memang sukar untuk diubati, tetapi kita masih mempunyai peluang untuk mencegahnya. Maka, perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi sentiasa mendapat sambutan yang baik kerana kita tidak mampu menjangka saat kita akan ditimpa penyakit. Perniagaan ini adalah perniagaan yang mampu memberi keuntungan kepada pengusaha. Masyarakat hari ini juga semakin bijak untuk menentukan ubat yang berkesan bagi penghalang penyakit merebak.


Mendengar dan mengikuti kemahuan pelanggan
Pihak yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan itu adalah pelanggan dan orang ramai. Maka, hasrat dan kemahuan mereka perlu diambil kira dan tidak boleh dipandang ringan. Jika tidak, pelanggan akan lari dan kita yang akan mengalami kerugian kerana gagal memenuhi kehendak mereka. Sekurang-kurangnya kehendak pelanggan memberikan kita sesuatu yang baru untuk dicuba dalam dunia perniagaan itu. Contoh yang paling rapat dengan masyarakat adalah perniagaan francais iaitu McDonalds, yang berjaya meluaskan perniagaan ke serata dunia. McDonalds di India telah menyediakan menu khas bagi penduduk India dengan menyediakan burger ayam. Mereka telah tampil dengan Chicken Maharaja Mac, kerana meraka tidak boleh memakan daging. Selain itu, di Itali pula, mereka telah menyediakan burger yang disajikan dengan daging khinzir. Di Norway pula, burger telah disajikan dengan kepingan daging ikan salmon yang menjadi kegemaran penduduknya. Manakala di Thailand, ia juga disajikan dengan memasukkan perisa tomyam yang disesuaikan dengan selera pelanggan. Tidak kurang hebat juga dengan McDonalds di Malaysia.


Bersedia untuk memulakan perniagaan yang besar
Perniagaan yang semakin maju menjadi idaman semua usahawan. Tetapi adakah kita sudah bersedia untuk memulakan perniagaan ke peringkat yang seterusnya? Kejayaan kita mampu diukur setelah kita melihat dan merasakan sambutan yang diterima ramai orang. Katakan dulu Iqbal hanya menjual laksa dengan menaiki motorsikal sahaja. Selepas 5 tahun bersusah-payah, dia telah mengumpul wang yang banyak dan membuka sebuah kedai laksa bersama adik lelakinya. Memang cita-cita Iqbal untuk membuka sebuah kedai laksa daripada resipi arwah ibunya. Dia telah bersedia dengan sepenuhnya. Dengan pembukaan kedai baru itu, Iqbal menjadi semakin bersemangat untuk bekerja dan juga untuk merubah masa depannya. Semakin hari, perniagaannya semakin maju. Kerana Iqbal sudah mempunyai pelanggan tetap selama 5 tahun sepanjang dia berniaga menaiki motorsikal roda tiga.
Secara kesimpulannya, tips ini perlu diamalkan agar perniagaan yang kita ceburi itu menampakkan hasil dengan titik peluh yang dikorbankan. Kegagalan dan jatuh bangun dalam perniagaan adalah lumrah dan kita perlu bersedia dengan semua kemungkinan yang bakal tiba. Sekali jatuh bukan bermakna kita akan jatuh selamanya. Jadikan perkara ini sebagai pembakar semangat. Pokok pangkal untuk berjaya dalam bidang perniagaan adalah minat yang mendalam, kegigihan dan juga usaha yang tidak pernah kenal penat lelah. Dalam erti kata yang mudah, setiap usaha yang kita lakukan pasti akan membuahkan hasil apabila tiba masanya nanti. Berusaha dan terus berdoa agar urusan kita dipermudahkan-Nya.



No comments:

Post a Comment

IKLAN TENGAH