Team Power

Team Power
Team Power Tupperware

sudikan click untuk kekayaan saya

TEAM POWER

TEAM POWER
Tupperware Brands Malaysia :  # 1st Tupperware ONLINE in Malaysia

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Saya sedia membantu from zero to hero !! Call / whats app : 012-3993947 (Syamputra Razali) www.tupperwareteampower.blogspot.my

Friday, April 22, 2016

Tupperware Malaysia : Rahsia Buat DUIT dengan Tupperware

Assalammualaikum
Apa khabar anda yang melayari blog saya ini..
Saya sedang lepas makan kat area gerai makan depan UITM shah alam.
Tadi baru je abis tengok show semindinal maha raja lawak dan semestinya memang best..

Hari ini kerje kat HQ, meeting nak buat buku ikon mara. Diorang anggap saya nie expert bab buat karangan bahasa ala ala ayat bombastik gituew.
Saya memberi idea MERCU untuk buku tu. X tahu la mereka nak yang mana..

Ohh ya. Sempat jugak nak baiki laptop yang terjatuh dan Allah sayangkan saya dengan tetibe je laptop yang baru nak digantikan led tu terus baik. Keajaiban..
Save duit sikit

Ohh sebut pasal duit.. Semalam saya tercicir wallet kat cititel hotel kat mid valey. Ada plak orang yg jumpa dan tak amek duit dalam wallet tu. Syukur alhamdulillah bagus sungguh orang yang amanah tu. Nak jumpa dia esok lusa

Oklah berbalik kepada maharaja lawak tadi.. Sempat jugak dok amek selfie ngan zaina zain , najib ali dan shahezy sam yang baik baik belaka. Mudah gile amek gambar ngan diorang

Memang segak orangnyer
Hari tu amek gambar masa citer polis evo. Sempat snap sekali. Yg ininamek gambar lepas kahwin..

Ohh ya.. Semalam g kilauan emas.. Jumpa plak era fazira . Memang cantek giler


Wednesday, April 13, 2016

Tupperware Online Malaysia : Gerak Gempur Pencarian Ahli Team Power Baru

Assalam..
seharian saya nak menulis blog di handset saya dan saya send untuk publish
2 kali saya mengarang dengan panjang lebar dan akhirnya hilang begitu sahaja..
begitulah keperitan yang saya alami bilamana karangan saya tetibe hilang sebelum sempat publish..
begitulah diandaikan juga peritnya kehilangan ahli dalam rangkaian tupperware.. dah sampai level 5 star.. namun, dia memilih untuk meniaga barang lain.. dan saya perlu akur.. dan muhasabah diri sendiri dan mencari solusi agar yang lain tidak mengikuti jejaknya..

ye lah.. sayangkan kalau dah sampai 5 star.. terus menjunam.. banyak betul faktor yang saya boleh katakan.. namun.. itu hak masing masing.. saya rasa senang hati bile mana kita dah buat yang terbaik untuk dia dan dia sahaja yang boleh menggerakkan diri dia..

itulah yang berlaku dalam business tupperware ini.. keluar masuk dalam business adat dan kita tak boleh hidup selesa dan mengharap downline kita kekal lama dalam business.. kita kena sentiasa bersedia dan sentiasa mencari pelapis dan juga orang baru bagi tujuan menggantikannya.. inilah multi level yang merupakan konsep dalam perniagaan Tupperware di Malaysia..

jadi.. itu bukan sebab untuk saya PATAH SEMANGAT dan malah ia menjadi titik tolak dan cabaran untuk saya terus bangkit dan menanam tunas baru untuk terus subur dan mekar dalam jambangan rangkaian saya. memang tak sangka dah 7 tahun saya dalam business ini sejak 2010 dan saya boleh katakan.. Tupperware memang dah UBAH kehidupan saya yang benar benar keterdesakkan hidup yang mana seumpama saya menanti gaji bulanan pada setiap 23-25 haribulan.. dan sejak bebarapa tahun ini.. saya boleh katakan.. saya tak ada lagi penantian untuk gaji masuk. bukan saya nak berlagak.. tapi memang Tupperware banyak membantu kewangan saya..

- saya dah tak mengira dan mencongak nak makan apa.. dan saya boleh raward diri dengan makan apa sahaja yang saya suke.. dan saya tak membazir taw.. makan sampai licin..

- saya boleh memberikan mak ayah dan keluarga saya lebih sikit duit dapor dan tak berkira kira untuk sesak apabila memberi..

- saya tak perlu takut nak berjalan jalan kerana jimat minyak dan tol.. malah saya boleh bantu menghantar kawan kemana mana dengan ikhlas dengan kereta saya

- saya dah boleh beli rumah dan doakan saya untuk rumah kedua dan ketiga yang saya beli cash secara serentak.. Allah saya yang tahu saya gembira bukan kepalang..

- saya dah boleh beri duit sumbangan kepada sesiapa sahaja yang minta asalkan releven untuk diberikan.. contohnya sumbangan jogaton ke.. sumbangan ibu tunggal ker..

- saya dah tak bergaduh dah nak bercuti sana sini dan tak perlu berejam jam mencari hotel yang paling murah. saya sewa sahaja hotel yang berpatutan untuk didiami

Itulah berkat usaha dan pengorbanan yang saya lakukan 7 tahun lepas.. meniaga dan memperkenalkan diri dengan seluruh kudrat dan akhirnya saya boleh katakan syukur dengan reseki yang Allah beri ini..

jadi.. inilah yang saya katakan... misi saya nak mencari rakan orang untuk saya share rahsia saya untuk menjana pendapatan sampingan..

 ini poster untuk cabaran 5 hari bulan lepas.. tak sangka memang menggalakkan dan lebih 15 orang dapat hadiah OT polkadot ini.. alhamdulillah.. dan view dalam pages lebih 166k dan ini pecah rekod..

 inilah misi kayuhan untuk mendapatkan sales bagi misi mencapai team sales yang kita harapkan.. syukur.. TEAM POWER masih berada dalam carta sales yang hebat !!

inilah poster mencari keahlian baru yang saya buat.. saya nak tonjolkan icon yang menjadi trademark saya untuk semua poster dan saya harapkan ia akan meletopsss...




inilah cover fb yang menjadi cover untuk pages DIVA tupperware yang saya perkenalkan semasa mengajar business online kepada peserta kursus online di PJ

 kali ini saya nak buat kelainan sikit dengan nak tembak siapa yang tak ada recruit dalam bulan ini.. diwajibkan mesti ada 5 orang setiap orang.. sesi kaunseling akan dibuat untuk mereka yang tak ada recruit pertengahan bulan ini..

 inilah peluang recruit bulan ini .. dapat modular mate yang cukup cantik dan juga dalam hadiah extra bile signup email dalam web tupperware.. boleh call saya kalau tak tahu..
 inilah logo DIVA tupperware yang saya akan popularkan juga.. semestinya akan meletoppp lepas ini..

inilah poster untuk 9 april.. event yang cukup memberi pengalaman berharga kepada saya.. dan bestnyer ada faizal tahir.. harus liputan khas dengan faizal...
 

 ini party bulan lepas... saya buat untuk kak nor dan insyallah kak nor akan belajar membuat sendiri dan dapat recruit ramai downline..

 saya suke dengan poster ini yang sangat memberi semangat kat saya..
anda suke tak??

inilah icon karikator yang saya maksudkan.. dibuatkan untuk saya oleh aman shah dan ini sangat sangat cantek.. pink lagi..




dua poster ini yang saya buat untuk bulan januari dan insyallah saya akan buat untuk bulan feb , mac dan april sekali gus.. dan kali ini.. management saya akan lebih tersusun dengan mengepos hadiah untuk achievers...

baiklah.. saya nak share sikit tips niaga.. saya share kepada anda dari blog lain taw.. share ilmu kan baik utk semua..

inilah
TIPS KEKAL SEMANGAT BERNIAGA..
sudi sudikan baca yer

Kita sebagai manusia sering kehilangan tumpuan dalam mencapai matlamat yang diimpikan. Selalunya semangat kita akan pudar dari masa ke semasa. Kita akan semakin lemah dalam melakukan perkara yang sepatutnya kita lakukan demi mencapai impian kita.
Jangan risau disini ada 8 tips bagi meningkatkan motivasi diri anda agar kalau tak semua sekurang-kurangnya separuh impian anda akan teracapai jika mengamalkannya. Insya Allah

1.Gambaran Impian.
Maksud gambaran impian ini adalah anda nyatakan impian anda dalam bentuk gambar dan letakkan ia ditempat yang paling mudah untuk dilihat setiap hari. Contohnya di atas meja kerja anda atau lekatkan di pintu rumah anda.
Teknik ini amat berkesan dan ianya bakal merangsang minda anda untuk mencapai impian. Ianya dapat membantu anda untuk mencapai keinginan anda.

2. Tulis Impian Anda
Bagi memastikan yang impian anda tercapai dan anda berada dilandasan yang betul dalam mencapainya, Semua impian anda haruslah ditulis dalam sebuah buku atau kertas dan dibaca setiap hari bagi mengingatkan diri anda apa yang harus anda lakukankan pada hari tersebut yang berkaitan dengan impian anda.
Sebaiknya tulis impian anda itu setiap hari apa bila bangun dari tidur. Cara ini akan mengingatkan anda target yang ingin dicapai dan apa yang harus dilakukan bagi mencapainya.

3. Berikan Pujian Pada Diri Anda
Jika anda telah berjaya mencapai target atau berjaya melakukan sesuatu yang berkaitan dengan target anda pada hari tersebut, maka berilah pujian pada diri anda kerana anda berjaya dan berada dilandasan yang sepatutnya walaupun impian anda masih lagi belum tercapai.
Cara ini akan membuatkan anda lebih bersemangat meneruskan usaha bagi mencapai impian anda. Manusia selalunya suka dan bangga apabila dipuji. Jadi pujilah diri anda. Jangan tunggu orang lain memuji anda sebaliknya anda pujilah diri anda sendiri. Anda pasti akan merasai sesuatu yang sangat luar biasa datang dari dalam diri anda

4. Kisah Kejayaan Orang Lain
Menbaca atau mengenali orang yang telah berjaya adalah satu cara untuk membangkitkan semangat yang ada dalam diri kita bagi mencapai impian kita. Bacalah buku-buku tentang orang yang telah berjaya dalam hidup mereka.

5. Fokus
Bagi memastikan yang impian anda tercapai, anda harus fokus dalam melakukan tugasan-tugasan yang terarah pada impian anda. Berikan tumpuan yang lebih pada tugasan -tugasan yang berkaitan dengan impian anda. Tanpa fokus dalam melakukan sesuatu, anda akan gagal dalam merialisasikan impian anda.

6. Tetapkan Hala Tujuan Sendiri
Dalam mencapai impian atau matlamat, anda harus ada hala tuju yang ingin dicapai. Jangan ikut cara ornag lain tapi jadikan kejayaan mereka sebagai panduan untuk anda melakukan yang terbaik buat diri anda. Jangan membandingkan diri anda dengan mereka yang telah berjaya, takut ianya bakal merosakkan diri anda sendiri. Sebab mereka telah lama mengecapi kejayaan, anda baru nak mencapai kejayaan. Jadi membandingkan diri anda dengan mereka yang telah berjaya akan membuatkan anda hilang motivasi.
Jadi disini saya sarankan pada anda, tetapkan hala tuju anda sendiri dan buat dengan mengikut kemampuan yang anda ada. Jangan melampaui kebolehan anda. Hanya anda saja yang kenal diri anda dan anda saja yang tahu kemampuan anda. Buat mengukut kemampuan dan tenang dalam melakukannya. jangan stress.

7. Lupakan Masa Silam Anda
Jika anda mempunyai masa silam yang suram atau masa silam yang mengecewakan, anda harus lupakan masa silam anda itu. Ianya akan merosakkan motivasi anda dalam mencapai matlamat atau impian anda. Anda harus sedar yang masa silam anda tidak boleh diubah, iannya akan kekal menjadi kenangan yang pahit buat anda. Jadi, lupakan saja masa silam yang suram itu. Anda harus melangkah dan terus melangkah bagi merubah hidup anda menjadi yang lebih baik dari masa silam anda.

8. Kekal Positif
Dalam mencapai impian anda, anda harus kekal positif terhadap apa yang anda lakukann. Berfikiran positif dalam segala hal akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk meneruskan tugasan-tugasan yang berkaitan dengan matlamat dan impian anda.
Segalanya terletak ditangan anda. Andalah penentu hidup anda. Jika anda berfikir gagal maka gagallah anda tapi jika anda memikirkan yang anda boleh berjaya, Insya Allah anda pasti akan berjaya. Bertindak dan berubahlah dari sekarang, masih belum terlambat untuk anda melakukan perubahan dalam hidup anda bagi mencapai impian anda. Saya berdoa semoga anda berjaya dengan apa yang anda impikan.




semoga semua yang membaca blog ini.. berjaya..
wassalam..

Monday, April 11, 2016

New branding Syamputra Razali - Tupperware Malaysia Online

Assalam
Hari kedua menulis sehingga 30 april. Menulis ini sebenarnya seronok.
Hari ini hari lahir art. Memang art ini sangat sporting sebab kami berempat bersama suami art dan hyqal pergi ke vietnam. Art memang seorang yang sangat smart. Tiket dia tempah dan semua urusan dia buat.

Kami merempet kat sana. Best jugak naik moto tapi sana memang mencabar sebagai penunggang moto.

Ohh ya. Ini baru sampai dari UIA. Jadi juri pantun di uia antara mahallah..
Memang seronok kalau mengadili..
Memang seronok kalau kita buat benda yang kita minat. Sanggup berejam ke gombak..

Oklah
Bercerita tentang aktiviti kerje hari ini. Kena sabar dengan apa dugaan dalam kerje. Yg penting.. Saya dpt dah nak beli umah kedua dan ketiga.. Doakan yer
Setel bayar balance. Cuma nak urusan peguam sahaja nak setelkan hal ini..
Kat kolej memang membakar kesabaran aku.. Tetibe dari saya tukar aku pulak. Tapi elok lah kita berbaik sahaja dan positif. Menang atau kalah.. Semestinya kita nie kena ingat.. Kita nie "makan gaji".. Jadi.. Ikutkan je apa boss nak.
Ada gotong royong di masjid. Singgah tanda sokongan..

Inilah poster yang meletops saya rasa.🚘boleh gunakan carikatot yang mana dibuat oleh aman shah. Tq amanzz 

Saya pulak dok tukar warna baju kira ubahzzz situasi
Itulah kekadang kena ikut kehendak pasaran.. Jom!!
Ini pulak seruan recruit 5 orang... Kalau tak kenal tembak..

Ok tak karikator ini.. 
Memang lepas nie pakai gambar ini sahaja 

Sunday, April 10, 2016

Recognition Tupperware : Pecah rekod di Parking - Basement 3 - Sauna Recognition

Assalam semua
Hari ini sebelum melelapkan mata. Ahad yang santai dan tenang.. Pagi pagi dah start kemas umah. Alihkan almari yang diserang anai anak.. Yg best .. Semua buku dan almari habis ranap di makan anai anai.. Tapi tupperware dalam tu.. Anai anai tak der plak nak gigit.
.
Ohh ya
Dah lama sungguh tak menotakan sesuatu.. Al maklumlah. Sibuk yang tak penah surut. Dan sebenarnya hari ini belasah makan tak ingat dunia. Makan steam boat yg exclusive sampai berejam. Lepas tu pergi gym berjoging. Harap esok dapat slim sekilo
Ini makanan dan sempat mengecop flyers.. 

.
Ohh ya
Sebut pasal flyers memang stragel mendesignnyer.. Esok nak g vietnam.. Malam sampai pagi buat. Akhirnya jadi jugak..
Tq mimie omar. Tokan buat flyers kat kedai.. 
Inilah mimie..
.
Yang lebih best.. 9 april 2016, team power dalam 60 orang. Join lah recognition tupperware di wisma mca dan syukur.. Ada jugak yang kena lucky draw..
Inilah syhma- 2 kali dapat lucky draw. Meletop kan.. 

Ini geng team power masa kat luar dewan. Memang kat sini semua berkenal kenalan dan kami macam big family. Menyatukan kawan kawan dari seluruh pelusuk negara..
.
Ramai jugak team power in stage dan mereka pakai baju merah seragam.. Tu lah dia.. Merah menyala katanya..
.
Kami dtg pepagi dah ada. Kak nor, qila dan mimie memang dtg awal awal pagi. Memang baik mereka tolong wrapping hadiah..
Ini art.. Banyak kali on stage dengan  recognition macam macam dan bawak downline sekali..
Ini jun dari jelawat kelantan.. Naik flight dan sama sama ngan kami. Dia dan nufy naik flight dan memang gigih..
.
Ini nufy yang betul betul serius dalam berniaga. Memang gaya pun nampak dah berjaya kan..✈️ dari kota bahru juga
.
Ini pun dari kelantan. Aktif dan pantas merebut peluang. Dah 5 star director dan 3 kali pergi star boot camp. Namanyer nurul nadiah.. Bakal aed ...
.
Inilah yunaizah. Director dari negeri 9 yang mempunyai rangkaian di sabah yang hebat. Walupun dah sarat mengandung. Yus datang jugak memberi support kepada kwan kawan. Memang gigih..
.
Ini plak ida dari melaka yang gigih melayakkan diri jadi director dan dia selayakkan berjaya dengan usaha gigihnya
.
Last sekali
Nak cerita tentang artis jemputan pada hari itu.. Faizal tahir..
Dia memang baik dan awesome
Dapatlah jumpa faizal di belakang stage dan sempatlah membuat video viral ..
Jom dengarkan ya..
Kemeriahan bagaikan jubilee. Jom ke jubile bulan ogos nanti..
Ikon utk saya guna dalam semua poster saya..
Jom click sini utk video

" ASSALAMMUALAIKUM... "Jom berduet bersama #faizaltahir  .. Ikuti kesahnya dengan like pages saya Syamputra Razali TP. ---> https://www.facebook.com/180680798648276/videos/984237448292603/.